Periksa sistem suspensi, stereng jika perjalanan jauh


LAPORAN Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan angka kematian disebabkan kemalangan jalan raya melebihi 1 juta orang.

Laporan itu menganggarkan kemalangan jalan raya membabitkan kos $518 bilion (RM1,890 bilion) setiap tahun.

Terdapat tiga faktor utama mendorong berlakunya nahas jalan raya, antaranya kegagalan peralatan berfungsi, keadaan jalan raya yang teruk dan sikap atau tabiat pemandu itu sendiri.

Kebanyakan kemalangan yang berlaku disebabkan kombinasi faktor kesilapan manusia dan faktor lain.

Kegagalan peralatan berfungsi

Jenis kegagalan peralatan berfungsi yang sering terjadi adalah sistem brek tidak berfungsi, tayar kereta meletup, tayar kereta kehausan dan botak serta kegagalan sistem stereng atau sistem suspensi.

Kereta moden dengan sistem brek dwi-sirkit boleh menghindarkan kegagalan sistem brek terjadi. Jika salah satu bahagian sirkit brek tidak berfungsi, sebahagian lagi boleh memberhentikan kereta.

Salah satu kebaikan sistem ABS atau Anti-lock Braking System ialah menghindarkan tayar kereta dari terkunci ketika anda melakukan brek kecemasan.

Faktor lain, tayar kereta kekurangan tekanan angin yang boleh menggagalkan fungsi tayar. Tayar yang telah haus dan botak pula antara masalah serius sering berlaku dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi tayar.

Tayar yang mengalami kehausan tidak sekata pula disebabkan tayar tidak seimbang dan sejajar dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan kerosakan pada sistem suspensi.

Sistem suspensi pada kereta pula membolehkan tayar kereta menyentuh permukaan jalan raya dengan stabil.

Manakala sistem stereng berupaya dan membolehkan anda mengawal dan menggerakkan kereta supaya dapat menghindarkan halangan serta dapat elakkan kemalangan daripada berlaku.

Pemandu yang terlatih juga tidak mengawal kereta dengan baik jika sistem suspensi dan stereng gagal berfungsi. Oleh itu, sistem suspensi dan stereng kereta haruslah diperiksa apabila perjalanan kereta melebihi 5,000 kilometer.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Vroom/20070529123857/Article/indexv_html

Powered by ScribeFire.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s